Monday, September 6, 2010

sedikit tips utk interviu~


Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

  • Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  • Jangan gelisah.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
  • Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  • Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.
  • Jawab dengan jelas dan lantang,
  • Kikiskan sifat ego anda,
  • Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.
  • Banyakkan senyuman.

PERKARA YG BOLEH MENJELIKKAN PENEMUDUGA

  • Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

  • Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

  • Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

  • Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

  • Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda



Wednesday, September 1, 2010

tips 4 exam



Sebelum Peperiksaan :

  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
  • Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
  • Semak soalan-soalan yang lepas
  • Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

Hari Peperiksaan :

  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :

  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :

  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

sesuatu yg boleh diamalkan bersama



Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

~TIGA AMALAN NABI MUHAMMAD SAW PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN~

1) Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.


2) Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.


3) Memperbanyak doa. Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia

Sunday, August 22, 2010

~mutiara kata~


salam semua,

kat sini ade sedikit mutiara kata yang boleh dikongsikan bersame,

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.



Thursday, August 19, 2010

proton satria gemilang~


..salam ,

bile mule2 sy lihat gambar ni sy ingatkan ini kereta luar negara

tp rupenye ia adalah kereta keluaran Proton....

kereta keluaran negara kita sendiri...

syabas Malaysia !!!

(napela tetibe jd patriotik sgt ni???)

mungkin sebab sy kene siapkan video utk asignment saye...

dan lagu yg saya pilih ialah gemilang nyanyian ratu rock negara kite iaitu Ella....

well.......that' all for now....


Friday, August 13, 2010

syukur ....be grateful


Most people agree that being grateful is important if we are to have a positive life.

Being grateful makes we see the bright side of life that turns us into positive people.

Well, sometimes we need to experience to be able to appreciate what we have.

We should always be gateful with what we have in our life...

For example, we should be grateful when we
  • live in peace
  • u have ur loved ones
  • live a healthy life n good healthy body of coz
  • have a good financial
  • have good friends n family
i m sure there are lot more than this......

so,

kita perlu sentiase bersyukur dgn ape yg kte ade....

dan bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t

Nikmat yang diberikan Allah SWT kepada manusia sangat banyak dan bentuknya bermacam-macam. Setiap detik yang dilalui manusia dalam hidupnya tidak pernah lepas dari nikmat Allah SWT. Nikmatnya sangat besar dan banyak sehingga bagaimanapun juga manusia tidak akan menghitungnya (QS.16:18). Sejak manusia lahir ke dunia dalam keadaan tidak tahu apa-apa, kemudian diberi Allah pendengaran, penglihatan, dan hati (QS.16:78) sampai meninggal dunia menghadap Allah SWT di akhirat kelak ia tidak akan lepas dari nikmat Allah SWT.

Cara bersyukur kepada Allah ada tiga:

  • bersyukur dengan hati, iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu
  • bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah)
  • bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diridai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut.




Tuesday, August 10, 2010

~ SALAM RAMADHAN ~


Salam buat semua,

Di kesempatan ini sy ingin menngucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

semoga kte sume memperolehi kebahagiaan di dunia & akhirat