Monday, September 6, 2010

sedikit tips utk interviu~


Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

  • Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  • Jangan gelisah.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
  • Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  • Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.
  • Jawab dengan jelas dan lantang,
  • Kikiskan sifat ego anda,
  • Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.
  • Banyakkan senyuman.

PERKARA YG BOLEH MENJELIKKAN PENEMUDUGA

  • Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

  • Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

  • Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

  • Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

  • Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda



No comments:

Post a Comment